Monday, December 1, 2008

PERSEDIAN TAHUN 2008

Persedian Tahun 2009 saya mulakan pada 1 dis 2008. Saya akan mengemaskini laman blog yang lama kepada bentuk paparan sekarang. Telah lama saya mengidam mempunyai laman blog sendiri dengan harapan semua bahan yang saya ada akan dapat dikongsi bersama-sama rakan guru yang lain dan seluruh pelajar diseluruh malaysia mahupun seluruh dunia.Semuga laman blog ini akan lebih memberi manafat. Teringat kata-kata Allahyarham Dato Razali Ismail Timbalan Menteri Pelajaran dalam ucaputamanya di Majlis Persidangan Tahunan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ke 46 yang sempat saya hadiri.Dato menyatakan bahawa kalau dahalu orang mengatakan "Knowledge is power" sekarang ni ia patut diubah kepada "Knowledge sharing is power".Itulah dakwah terakhir dato agaknya kerana pada jam 10.30 beliau merasmikan persidangan sebelum beliau pergi ke IAB untuk satu majlis yang lain. Masih terdengar-dengar ucapannya agar semua warga pendidikan mencontohi rasullah dalam menyampaikan dakwahnya. Amalkan sifat Siddik, Amanah, Tabliq dan fattanah.Seluruh warga pendidikan memang terasa kehilangan Dato. Alfatihah ...Semuga allah mencucuri rahmat keatas roh Dato.

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online